BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 30, 2009

Tahniah untuk read one dan Dzilafna...


Assalamualaikum...salam satu Malaysia!!! ok...Tahniah buat adik2 kitorang...read-one dan dzilafna, adik2???? hahaha mcm ipin dan upin lah pulak... apa pun itulah lambang ukhwah antara kita, nak sebut student??? mcm skema lah plak,,, nak panggil hang-aku nampak mcm x pro... adik2 lah erk..ok lah tuer!!! dan PASTINYA terima kasih untuk Maktab Mahmud, kerana sudi untuk menerima kehadiran kami bagi bersama berkongsi Ilmu...dgn adik2 di maahad mahmud, it's myschool!!! itulah sebagai bekalan kita untuk bertemuNYA.. penampilan Read-One di festival yang dikira sebagai sesi pemanas badan bagi menempuh fes. sebenaq!! anyway( wah omputih lah sikit) good job, and MAnTop!!! minta maaf sebab -dzilafnan- agak tegas untuk sesi latihan terakhir hari tur, wlupun agak hot temper tapi pastinya antum(hehe arabic sikit) dah sedar pentingnya latihan, bukan untuk kami tapi,...ketahuilah anda dah membuatkan semua membuka mata dan membuktikan anda adalah insan yang terpilih untuk menggalas tggjawab untuk menjadi seorang Dai'e... ntuk semua adik2 read one dan dzilafna, we always love you!!! (jgn double meaning)...oK. tubikontiniu!!!!wassalam.

Thursday, July 23, 2009







" Perjalanan DZIL AFNAN di SIRNAN MUSIC STUDIO "

Assalamualaikum.. Salam interaksi buat anda semua. Beginilah perjalanan DZIL AFNAN di Sirnan Music Studio. Banyak perkara yang perlu kami lakukan. Tapi apa jua keadaan, kami tetap bersama dalam memperkasakan lagi mutu kerja dan hasil seni untuk anda semua. Walaupun masing- masing di antara kami semua sibuk dengan tugasan seharian, tetapi kami tetap bersama dalam menjalankan sesuatu untuk memajukan apa yang telah
dimulakan bersama. InsyaAllah, dengan kerjasama inilah, DZIL AFNAN akan membawa satu transformasi yang berlainan dalam meningkat mutu dan kualiti nasyid tanah air kita.










Tuesday, July 21, 2009











Friday, July 17, 2009

Dan disinilah, dzil afnan mengorak langkah.. melangkah setapak demi setapak dalam merialisasikan hasrat untuk memartabatkan industri nasyid di tanah air.. Gambaran yang di ketengahkan inilah.. semangat juang yang dipersembahkan di hadapan masyarakat bahawasanya unik dan indahnya seni nasyid.. Dzil Afnan tidak mencari populariti.. tetapi dengan semangat yang ada.. dengan tujuan yang satu, untuk menyampaikan risalah yang penting.. menyampaikan dakwah yang diketengahkan dalam setiap lirik lagu.. agar setiap masyarakat di dunia ini menjadi insan yang sempurna kepada Tuan Empunya Dunia.. Mudah-mudahan perjuangan dzil afnan dapat diteruskan.. dapat menempuh rintangan dan cubaan yang datang dalam merialisasikan nasyid itu adalah cabang untuk berdakwah demi menyemai ketakwaan kepada Allah S.W.T.. Mudah-mudahan masyarakat sekitar akan menerima dzil afnan sebagai media bagi menyambung kembali risalah para nabi dan rasul.. demi menjaga kesucian agama Islam di alam ini..
Hanya doa dan sokongan anda semua, dzil afnan akan Melangkah Ke Hadapan dalam menyebarkan dakwah di muka bumi ini..








Assalamualaikum kepada semua Teman.. Mudah-mudahan kita semua di berkati Allah S.W.T.. Gambaran inilah menunjukkan bahawasanya.. ketekunan dan semangat yang jitu anggota dzil afnan dalam menyiapkan album kedua yang bakal menemui masyarakat tidak lama lagi..
Dalam kesibukan dengan tugasan harian, dzil afnan tidak lupa tanggungjawab mereka untuk memperkasakan wadah dan warkah yang ingin di tonjolkan.. Mudah-mudahan usaha yang di bawa dzil afnan di beri berkat oleh Allah Taala..

Takdir kita...ialah untuk Melangkah Kehadapan..


Assalamualaikum...salam untuk semua...Dalam meniti kehidupan ini, kita sering mencari sebuah TAKDIR SUCI...kerana itulah yang menjadikan kita seorang INSAN KAMIL di bumi Allah S.W.T lantas menjadi seorang Umat yang sentiasa diberikan syafaat...Sesungguhnya...Al-Quran itu menjadi pedoman dan panduan kehidupan kerana mukjizatnya sebagai SURAT CINTA AGUNG perlu sentiasa kita amalkan... Ukhwah dan ikatan perlu kita teguhkan kerana itulah yang dinamakan TEMAN,...sinar kehidupan kita perlukan satu FALSAFAH KERINDUAN SUFI agar kita sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa mendapat keredhaan atas apa yang kita lakukan di muka buminya. IRAMA SENANDUNG KASIH mengajar erti ikatan kasih sayang antara kita, seperti mana yang kita ketahui bahawa kita adalah bersaudara...Semoga dengan nilai TEMAN MUTIARA KENANGAN akan terus kita suburkannya...bermula dengan Titik pertemuan, memberanikan kita untuk memulakan Langkah Pertama, dan pasti kini kami MELANGKAH KEHADAPAN....Wassalam...

Thursday, July 16, 2009

Sirnan Music Studio...Studio Kami.









Niee Lahhh...Studio Rasmi Kami...Sirnan Music Studio adalah studio rakaman dan studio latihan rasmi milik Kumpulan Dzilafnan. Studio ini dilengkapi dengan sistem rakaman digital dan juga studio latihan vokal yang menepati spesifikasi latihan yang sebenar. keseluruhan lagu dan susun atur muzik untuk kumpulan dzilafnan di aplikasi di sini. studio ini juga telah menjadi "One Stop Centre" untuk kumpulan nasyid tempatan dan luar mengadakan latihan. sebarang maklumat lanjut sila hubungi :- 019-5155305/019-4789656/013-4006193/019-4637109/019-4130562.

Salam Pertemuan untuk semua...


Assalamualaikum...Salam pertemuan dan salam ukhwah buat semua.. Dzilafnan adalah sebuah kumpulan nasyid yang memperjuangkan lagu-lagu dakwah dan berkonsepkan keTuhanan. Ditubuhkan pada tahun 2005 terdiri daripada Taufiq, Ridzwan, Wan Amiruddin, dan Rizal... Bertemu dan berukhwah lantas tercipta Dzilafnan yang bermaksud kepelbagaian seni... Kini Dzilafnan dalam proses menerbitkan Album kedua yang berjudul"Melangkah Kehadapan" di bawah SirNan Music Studio Production. Dzilafnan telah muncul dengan album pertama iaitu "Langkah Pertama"...seterusnya usaha ini diteruskan dengan pembikinan album kedua. Kumpulan nasyid yang berpusat di negeri jelapang padi ini kerap kali mengadakan persembahan sama ada di negeri kedah mahupun di luar negeri kedah. Antara pencapaian kumpulan Dzilafnan ialah :- Artis jemputan bagi program Nasyid Khas Maulidurasul "live" di Kedahfm tahun 2008, Persembahan untuk program Bicara Ad-din IKIM.fm di Politeknik Syed Sirajuddin Arau,perlis. Artis Jemputan Untuk Majlis Konvokesyen Pusat TAhfiz Fitrah, Artis Jemputan untuk Malam Kesenian Islam peringkat Daerah Kuala Muda di Sungai Batu Besi, Artis Jemputan untuk Ceramah Khas Maulidurasul di Sekolah Sains Pokok Sena(Rakaman RTM), dan kumpulan ini juga adalah jurulatih rasmi untuk kumpulan nasyid Maktab Mahmud Merbok putera & puteri...KaLaM akan BersamBuNg...Wassalam.

Satu titik pertemuan...dengan langkah pertama...pastinya untuk melangkah kehadapan.

Assalamualaikum...salam pertemuan buat semua...Selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah s.a.w, ahli keluarganya, para sahabat dan para tabiin yang hidup sezaman dengannya.. Marilah kita mulakan kalam bicara dengan "BISMILLAH"..semoga kita semua di berkati dan di rahmati kehidupan... Jutaan terima kasih Dzilafnan ucapkan kepada designer Blog untuk Dzilafnan...Adik liza...MIDAS/L.A RMKedahFm.. dengan adanya blog ini maka ini adalah Dzilafnan maju setapak lagi... Tiada apa yang dapat kami berikan hanyalah dengan ucapan terima kasih kepada adik Liza... Hanya Teman Mutiara kenangan...